Rakaman CCTV wanita lempang 'makcik cleaner' di RNR Pagoh

SEBUAH video cctv menjadi viral di facebook merakamkan kejadian seorang wanita melempang seorang makcik tukang cuci tandas (makcik cleaner). Kejadian dikatakan berlaku pagi tadi, di Stesen Minyak BHP Hentian Rawat dan Rehat, RNR Lebuhraya Utara Selatan Pagoh, menghala ke arah selatan.

Menurut pengirim video rakaman itu, ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci tandas ditampar sekuat hati oleh seorang wanita. 

Pengirim mendakwa pada awalnya, ibunya melakukan kerja rutin ketika mencuci tandas dengan meletakkan papan tanda berwarna kuning sebagai tanda amaran bahawa tandas sedang dicuci.

Seorang wanita tetap berdegil untuk masuk walaupun ibunya sudah memberitahu bahawa tandas sedang dicuci. Wanita itu terus menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya, OKU.

Semasa keluar dari tandas tersebut, wanita itu telah bertindak menendang papan tanda berwarna kuning yang diletakkan sebelum menampar muka ibunya (makcik cleaner) sekuat hati sambil menuduh ibunya telah menyimbah wanita itu.

Adakah patut kita menurut sifat sebegini? apakah salah makcik cleaner tu, makcik tu hanyalah menjalankan tugas dan tanggungjawab sahaja, jangan jadi kurang ajar. inikah sifat orang kita kurang ajar begini.

Di bawah ini video rakaman kejadian tersebut. Sila klik untuk menonton.

Rakaman CCTV wanita lempang 'makcik cleaner' di RNR Pagoh Rakaman CCTV wanita lempang 'makcik cleaner' di RNR Pagoh Reviewed by Asukikun99 on 12:09 PG Rating: 5

Tiada ulasan: