Adakah animasi Malaysia boleh setanding dengan anime Jepun

Ulasan Bersama Saya Bakhtiar abdullah

Adakah animasi Malaysia boleh setanding dengan anime Jepun?

jawapannya YA

p6
anime buatan malaysia akan datang...
kita sering kali dengar animasi malaysia sekarang berkembang menggunakan 3D lihat sajalah bahawa animasi 3D seperti boboiboy, kacang, upin ipin, Ejen Ali dan sebagainya sudah memperlihatkan bahawa Malaysia boleh maju setanding dengan negara lain. Lebih membanggakan animasi malaysia terbaru "Satria 7 Pahlawan"





pendapat saya, malaysia mampu berkembang lebih pesat lagi sekiranya rakyat malaysia sendiri mempunyai ilmu, rajin, tidak berputus asa, berfikiran jauh dan sebagainya. cuba kita lihat negara jepun, mereka gigih dan mempunyai sifat terpuji seperti ada dalam islam. tambahan lagi, mereka mempunyai matlamat yang jelas oleh itu kita haruslah mencontohi sifat mereka itu.

Selain itu, pendapat saya untuk memajukan industri animasi malaysia, perlu juga galakan oleh kerajaan supaya membuka mata anak muda untuk menceburi bidang tersebut, saya sendiri berumur 17(2016) dan menduduki sijil pembelajaran malaysia (SPM) berharap boleh menceburi bidang industri animasi dan sebagainya.

anda boleh lihat video di atas, walaupun ada sedikit kelemahan tetapi bukanlah penghalang untuk kita semua, kerana ini adalah pemulaan Malaysia ke arah antarabangsa. masihkah anda ingat animasi  The Amazing Of Awang Khenit, kini telah memasuki indonesia dan ditayangkan di Indosiar.

Tambahan pula, terdapat beberapa kolej, universiti menawarkan bidang animasi, bukan saja 2D malah 3D dan sebagainya. Jadi bagi anda yang ingin menceburi, ceburilah bidang ini kerana saya melihat bahawa kita banyak ketinggalan berbanding negara maju.

saya minta maaf sekiranya ulasan saya ini tidak memuaskan tetapi banyak lagi saya ingin kongsi, jadi jangan lupa anda like facebook page kami untuk berita selanjutnya.
Adakah animasi Malaysia boleh setanding dengan anime Jepun Adakah animasi Malaysia boleh setanding dengan anime Jepun Reviewed by Asukikun99 on 8:10 PTG Rating: 5

Tiada ulasan: