Apa yang berlaku kalau Re:zero ada musim ke-2 ?


Apa yang berlaku kalau Re:zero ada musim ke-2 ?
Bakhtiar abdullah ( IG: @takanashi_yuuki99)

baru-baru ini berakhirnya rezero musim yang pertama, akan tetapi adakah Re:zero akan keluar musim yang terbaru? hal ini, telah menjadi tanda tanya kepada ramai netizen, sudah banyak laman blog,forum, dan laman sosial membincangkan pekara REZERO. Saya sebenarnya berharap Rezero mempunyai musim yang terbaru. mari kita semak serba info yang kami sediakan:

sekiranya REZERO mempunyai musim yang kedua, kemungkinan besar tidak menceritakan tentang SUBARU DAN EMILIA, tetapi kemungkinan juga menceritakan sambungan tentang REM, apa yang akan terjadi kepada REM. Pihak Invader Journey, meramalkan tarikh keluar musim terbaru ialah 2017, akan tetapi tidak disahkan oleh produksi animasi tersebut. saya berpendapat pula memang patut adakah musim terbaru kerana banyak misteri tentang SUBARU,REM dan sebagainya.

Terdapat satu laman blog memberitahu REZERO mempunyai Musim pertama, musim kedua, musim ketiga. 

kita boleh lihat "light novel" Rezero amat berbeza dengan versi anime dan mempunyai jalan cerita yang panjang. sebaliknya, peluang untuk menjadikan REZERO musim kedua tentu saja 50-50 peluang, kerana kita ambil satu contoh anime nisekoi, nisekoi ada dua musim walaupun anime hanya mempunyai dua musim tetapi antara manga dan anime jauh lagi jalan cerita dalam manga. hal ini demikian, kita berharap rezero mempunyai musim kedua, saya sendiri turut berharap apatah lagi anda yang membaca blog ini.

Industri Anime di jepun telah berkembang dengan pesat sekali sehingga seluruh dunia tahu bahawa jepun mempunyai animasi 2D terbesar. saya saja ungkit industri anime kerana nak mengaitkan tentang REZERO yang membuatkan penonton kagum melihat jalan cerita anime walaupun ada sedikit membuat penonton keliru dan sebagainya.

Tuntasnya, banyak tanda tanya tentang anime REZERO jadi tidak mustahillah kemungkinan REZERO mempunyai musim yang kedua, kami akan terus kemas kini perkembangan REZERO dalam invader journey.
Apa yang berlaku kalau Re:zero ada musim ke-2 ? Apa yang berlaku kalau Re:zero ada musim ke-2 ? Reviewed by Asukikun99 on 1:05 PG Rating: 5

Tiada ulasan: