Live-Action 'KimiUso' Mengutip 245 Juta Yen dan Menduduki Tempat Ketiga



Filem live-action Shigatsu wa Kimi no Uso baru sahaja ditayangkan di seluruh pawagam Jepun pada akhir minggu lalu. Tepatnya pada tarikh 10 September dan saat ini dikhabarkan filem tersebut sudah mendapat 245 juta Yen.Filem tersebut berjaya menjual lebih daripada 200,000 keping tiket dan menduduki tempat ketiga dalam box office Jepun di minggu pertamanya.








Filem ini mengunguli filem live-action adaptasi lain, Aozora Yell yang berasaskan sebuah shoujo manga dengan perbezaan 24.4%. Filem ini dijangka dapat mencapai sasaran 1.5 bilion Yen.



Adaptasi live-action ini akan dibintangi oleh Kento Yamazaki yang akan bermain sebagai Kosei Arima dan Suzu Hirose yang akan melakonkan watak Kaori Miyazono . Filem ini diarah oleh Takehiko Shinjo dan sudah tayang pada tarikh 10 September di seluruh panggung Jepun.


Shigatsu wa Kimi no Uso bercerita mengenai Kosei Arima. Dulunya dia adalah pemain piano muda genius sampai ibunya yang kejam meninggal dunia dan mengubah hidupnya selama-lamanya. Ingin meninggalkan piano kerana kenangan pahit, Kosei hidup di kehidupan yang hambar dan tanpa warna. Tiba-tiba dia bertemu dengan Kaori Miyazono, seorang pemain biola dengan gaya yang unik. Bolehkah dia mengajak Kosei kembali berkarya dan mengisi semula hidupnya dengan warna kehidupan?

Sumber: ANN
Live-Action 'KimiUso' Mengutip 245 Juta Yen dan Menduduki Tempat Ketiga Live-Action 'KimiUso' Mengutip 245 Juta Yen dan Menduduki Tempat Ketiga Reviewed by Asukikun99 on 11:21 PTG Rating: 5

Tiada ulasan: