Live-Action 'Kimi Uso' Menampilkan Cuplikan Kaori dan Arima di Pawagam


Laman rasmi dari filem " Shigatsu wa Kimi no Uso" yang lebih sering disebut sebagai Kimi Uso , baru saja memperlihatkan video baru yang memperlihatkan Miyazono Kaori yang dimainkan oleh Suzu Hirose bersama Kosei Arima yang dimainkan Kento Yamazaki di atas pentas. Potongan daripada filem itu memperlihatkan kedua-duanya bermain lagu dari Camille Saint-Saëns ' "Introduction and Rondo Capriccioso ".

Filem ini diarah oleh Takehiko Shinjo dan dirancang akan tayang pada tanggal 10 September mendatang di pawagam-pawagam Jepun.


Shigatsu wa Kimi no Uso menceritakan mengenai Kosei Arima. Dulunya dia adalah pemain piano muda yang bijak sampai ibunya yang kejam meninggal dunia dan mengubah hidupnya selama-lamanya. Dia Ingin meninggalkan piano kerana kenangan pahit, Kosei hidup di kehidupan yang hambar dan tanpa warna. Tiba-tiba dia bertemu dengan Kaori Miyazono, seorang pemain biola dengan gaya yang unik. Bolehkah dia mengajak Kosei kembali berkarya dan mengisi semula hidupnya dengan warna kehidupan?
Live-Action 'Kimi Uso' Menampilkan Cuplikan Kaori dan Arima di Pawagam Live-Action 'Kimi Uso' Menampilkan Cuplikan Kaori dan Arima di Pawagam Reviewed by Asukikun99 on 9:23 PG Rating: 5

Tiada ulasan: